Kali ini aku nak cerita tentang pengalaman aku ikut bertanding ihtifal ini. kira kali pertama juga la aku ikut pertandingan ini. Majlis ihtifal ini telah diadakan di SMKA Igan, Mukah, dari 15-17 Jun 2012. Ini bermakna dah dua kali aku pergi ke Mukah dalam tahun ini. Alhamdulillah, rezeki dapat tengok tempat orang. Antara acara yang dipertandingkan dalam majlis ihtifal ini ialah, kuiz bahasa arab, kuiz ilmu wahyu, kalimatus sobah (kira syarahan dalam bahasa arab), hafazan (surah al-baqarah), dan hiwar (perbualan bahasa arab). Dalam banyak-banyak pertandingan, aku ikut pertandingan kalimatus sobah. Sebenarnya aku ikut pertandingan itu pun nak cabar diri aku sebenarnya boleh tak aku menyampaikan syarahan dalam bahasa arab. Ternyata bukan mudah sebab naka ikut gaya orang arab pun susah. Tapi alhamdulillah aku dapat buat setakat yang aku mampu.
15 Jun 2012 (JUMAAT) :
Pasukan sekolah kami yang seramai 24 orang peserta bersama 6 orang guru pengiring yang mengikuti pertandingan tersebut memulakan perjalanan dari sekolah menuju ke Mukah mengambil masa kira-kira 13 jam. Lama jugak itu. tetapi kami ada jugak singgah dibeberapa tempat seperti di Betong untuk berehat dan melakukan solat jamak dan qasar.
Sebelum perjalanan bermula :
Ketika rehat sebentar di Betong :
Setelah 13 jam perjalanan, kami pun sampai di SMKA Igan, Mukah. Ianya memang sebuah sekolah yang cantik, para pelajar disitu pun ramah-ramah belaka. Di sini pun aku telah bertemu dengan beberapa kenalan lama aku. Ada juga aku bertemu dengan ustazah lama aku, iaitulah ustazah Faezah yang sekarang ini mengajar di SMKA Miri dan saudara Hafizi abang Hisyam Talang yang menjadi guru pengiring bagi SMK Semerah Padi, memang seronok. Apapun, kena bersedia untuk pertandingan pada esok hari.
Sekitar pemandangan di SMKA Igan, Mukah
16 Jun 2012 (Sabtu) :
Bermulalah hari pertandingan. Para peserta telah pergi ke tempat pertandingan yang telah ditetapkan. Aku dan para peserta kalimatus sobah yang lain telah ditempatkan di Bilik Bahasa.melihatkan para peserta yang lain menunjukkan bakat, gerun jugak rasanya. bila tiba giliran aku, alhamdulillah aku dapat melakukannya dengan baik. Setelah pertandingan tamat, aku telah bertemu dengan ustaz waktu aku sekolah rendah dulu yang sekarang ini telah menjadi pegawai di sektor pendidikan iaitulah Ustaz Mohamad Hamami Salleh. Dia jugalah yang menghakimi para peserta kalimatus sobah. Malamnya pulak acara majlis penutupan dan sekolah
kami telah mendapat tempat ketiga hafazan menengah rendah dan atas dan tempat pertama kuiz bahasa arab menengah rendah dan menengah atas. Yang menang akan mewakili Sarawak ke negeri Selangor. Tahniah ku ucapkan. walaupun aku tak dapat nombor, yang penting aku dapat menunjukkan bakat aku dan aku akan berusaha untuk memperbaikinya.
Bergambar dulu sebelum bertanding...
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kalimatus sobah...
Aku dan Ustaz Nasrullah...
Aksiku ketika di pentas...
Aksi rakan-rakan yang lain..
Sekitar di majlis penutupan...
![]() |
| gur-guru pengiring.... |
![]() |
| Tak menang pun pegang piala jadi la..... |
Kini tibalah masa untuk berangkat pulang. Sedih juga rasa namun aku rasa gembira kerana dapat mengikuti pertandingan ini. Mudah-mudahan aku akn diberi peluang lagi untuk menyertainya pada tahun hadapan, insyallah...
![]() |
| Abang Hafizi dan Hisyam |
![]() |
| Bergambar dahulu sebelum pulang |











.jpg)

.jpg)
