Powered By Blogger

Wednesday, 6 June 2012



18-21 Mei 2012 yang lalu, aku ikut Program Nadwah Kepemimpinan Islam yang bertempat di Politeknik Mukah. Ianya melibatkan 160 orang peserta dan 24 orang guru pengiring dari 12 buah sekolah SABK,KAA, dan SMKAdari seluruh Sarawak. Itulah kali pertama aku pergi sana. Memang seronok la dapat jumpa kawan baru. Bila ikut program macam ni kira dapat tambah pengalaman dan memeng banyak manfaatnya. aku rasa kebanyakan aktiviti yang dibuat dalam program ni untuk membina bakat kepimpinan dan keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai serta berani untuk mengeluarkan idea dan pendapat secara kreatif dan kritis. Kebanyakan program yang dibuat lebih kepada khidmat sosial dalam masyarakat. Antara program yang mungkin aku tak dapat lupakan ialah rehlah berfokus. Dalam aktiviti ini para peserta dibawa ke beberapa tempat yang telah ditetapkan. antaranya Kpg Kuala Oya, Kpg Sg. Penipah, Kpg Litong dan kumpulan saya sendiri  ditugaskan ke Pasar Mukah. Disana, saya telah mendapat pengalaman bertemu dengan salah seorang peniaga sayur-sayuran, kalau tak silap nama dia (Trecca anak Ungin) dan membantu beliau untuk berniaga (seronok jadi penjual sayur sekejap.Hahaha...) memang, secara tidak langsung telah menyedarkan saya bahawa bukan mudah untuk mencari rezeki untuk kehidupan sehari-hari tanpa usaha dan kesabaran yang tinggi. Dan aku sedar bahawa kalau jadi pemimpin, kena peka dengan masalah orang yang dipimpinnya, bukan sekadar duduk goyang kaki sahaja. Betul tak?

Sehari sebelum aktiviti rehlah berfokus tu, ada program Surauku (ada disertakan gambar di atas). Haa..  dalam program ni para peserta dihantar ke 8 buah masjid dan surau diseluruh Mukah. Tugasnya untuk mengendalikan program kire ceramah agama la...  Kumpulan aku pergi ke Masjid  Darul Huda di Kpg Judan. Aku (berbaju melayu hitam,belakang dalam gambar), Farooq (dari TUNAZ,berbaju melayu biru terang, belakang ) dan seorang lagi budak perempuan ( maaf , aku tak ingat namaya tapi dia dua dari kiri) jadi ahli panel manakala Reza (dari SMKA Miri,depan berbaju melayu coklat) jadi pengerusi. Yang lain ada jadi bilal, jadi imam, tukang basuh pinggan dan macam-macam lagilah, memang seronok program macam ini. Aku ingat itulah kali pertama aku memberi pengucapan awam kepada khalayak ramai. Memamg gemuruh aku waktu itu. Namun, sambutan orang Kpg Judan yang datang pada malam itu semuanya sporting habis dan menggalakkan. Hahaha... memang seronok la waktu itu. Waktu itu jugak aku bertemu dengan bapa Haziq Rafdey, kawanku. Rupa-rupanya bapa dia orang Kpg Judan, patutlah Haziq pernah cerita dengan aku yang dia pernah pergi ke Mukah. Sendirian pulak tu.. Kebanyakan orang Kpg Judan  orang Melanau. Memang cantik kampung tu. Memang terharu apabila orang kpg judan memberikan respons yang baik sekali kepada kami. Melalui aktiviti ini, aku menyedari bahawa pentingnya kita hidup bermasyarakat di samping mengeratkan silaturrahim khususnya kepada golongan remaja kerana merekalah nanti yang akan menerajui kepimpinan remaja pada masa hadapan.

Aku berharap bahawa program sebegini dapat diteruskan lagi dan menjadi wadah penyatuan antara masyarakat kepada golongan belia khususnya remaja. insyallah...

Gambar lain:
Di Politeknik Mukah


                                                             
                                                              Sekitar Bandar Mukah:





Bersama rakan-rakan ketika majlis penutupan;

No comments:

Post a Comment