Powered By Blogger

Saturday, 30 June 2012

Pengalaman Mengikuti Majlis Ihtifal Peringkat            Negeri Sarawak

 Kali ini aku nak cerita  tentang pengalaman aku ikut bertanding ihtifal ini. kira kali pertama juga la aku ikut pertandingan ini. Majlis ihtifal ini telah diadakan di SMKA Igan, Mukah, dari 15-17 Jun 2012. Ini bermakna dah dua kali aku pergi ke Mukah dalam tahun ini. Alhamdulillah, rezeki dapat tengok tempat orang. Antara acara yang dipertandingkan dalam majlis ihtifal ini ialah, kuiz bahasa arab, kuiz ilmu wahyu, kalimatus sobah (kira syarahan dalam bahasa arab), hafazan (surah al-baqarah), dan hiwar (perbualan bahasa arab). Dalam banyak-banyak pertandingan, aku ikut pertandingan kalimatus sobah. Sebenarnya aku ikut pertandingan itu pun nak cabar diri aku sebenarnya boleh tak aku menyampaikan syarahan dalam bahasa arab. Ternyata bukan mudah sebab naka ikut gaya orang arab pun susah. Tapi alhamdulillah aku dapat buat setakat yang aku mampu.

15 Jun 2012 (JUMAAT) :
Pasukan sekolah kami yang seramai 24 orang peserta bersama 6 orang guru pengiring yang mengikuti  pertandingan tersebut memulakan perjalanan dari sekolah menuju ke Mukah mengambil masa kira-kira 13 jam. Lama jugak itu. tetapi kami ada jugak singgah dibeberapa tempat seperti di Betong untuk berehat dan melakukan solat jamak dan qasar.

                                                               Panorama pagi di sekolah:                                    

                                                             

                                                                             Sebelum perjalanan bermula :

 
                                         

                        Ketika rehat sebentar di Betong :


Setelah 13 jam perjalanan, kami pun sampai di SMKA  Igan, Mukah. Ianya memang sebuah sekolah yang cantik, para pelajar disitu pun ramah-ramah belaka. Di sini pun aku telah bertemu dengan beberapa kenalan lama aku. Ada juga aku bertemu dengan ustazah lama aku, iaitulah ustazah Faezah yang sekarang ini mengajar di SMKA Miri dan saudara Hafizi abang Hisyam Talang yang menjadi guru pengiring bagi SMK Semerah Padi, memang seronok. Apapun, kena bersedia untuk pertandingan pada esok hari.

Sekitar pemandangan di SMKA Igan, Mukah


16 Jun 2012 (Sabtu) :

Bermulalah hari pertandingan. Para peserta telah pergi ke tempat pertandingan yang telah ditetapkan. Aku dan para peserta kalimatus sobah yang lain telah ditempatkan di  Bilik Bahasa.melihatkan para peserta yang lain menunjukkan bakat, gerun jugak rasanya. bila tiba giliran aku, alhamdulillah aku dapat melakukannya  dengan baik. Setelah pertandingan tamat, aku telah bertemu dengan ustaz waktu aku sekolah rendah dulu yang sekarang ini telah menjadi pegawai di sektor pendidikan iaitulah Ustaz Mohamad Hamami Salleh. Dia jugalah yang menghakimi para peserta kalimatus sobah. Malamnya pulak acara majlis penutupan dan sekolah 
kami telah mendapat tempat ketiga hafazan menengah rendah dan atas dan tempat pertama kuiz bahasa arab menengah rendah dan menengah atas. Yang menang akan mewakili Sarawak ke negeri Selangor. Tahniah ku ucapkan. walaupun aku tak dapat nombor, yang penting aku dapat menunjukkan bakat aku dan aku akan berusaha untuk memperbaikinya. 

Bergambar dulu sebelum bertanding...


Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kalimatus sobah...

 


Aku dan Ustaz Nasrullah...



Aksiku ketika di pentas...



                                                          Aksi rakan-rakan yang lain..


         

                                                           Sekitar di majlis penutupan...

gur-guru pengiring....


Tak menang pun pegang piala jadi la.....
17 Jun 2012 (Ahad) :
Kini tibalah masa untuk berangkat pulang. Sedih juga rasa namun aku rasa gembira kerana dapat mengikuti pertandingan ini. Mudah-mudahan aku akn diberi peluang lagi untuk menyertainya pada tahun hadapan, insyallah...

Abang Hafizi dan Hisyam
Bergambar dahulu sebelum pulang

Wednesday, 6 June 2012



18-21 Mei 2012 yang lalu, aku ikut Program Nadwah Kepemimpinan Islam yang bertempat di Politeknik Mukah. Ianya melibatkan 160 orang peserta dan 24 orang guru pengiring dari 12 buah sekolah SABK,KAA, dan SMKAdari seluruh Sarawak. Itulah kali pertama aku pergi sana. Memang seronok la dapat jumpa kawan baru. Bila ikut program macam ni kira dapat tambah pengalaman dan memeng banyak manfaatnya. aku rasa kebanyakan aktiviti yang dibuat dalam program ni untuk membina bakat kepimpinan dan keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai serta berani untuk mengeluarkan idea dan pendapat secara kreatif dan kritis. Kebanyakan program yang dibuat lebih kepada khidmat sosial dalam masyarakat. Antara program yang mungkin aku tak dapat lupakan ialah rehlah berfokus. Dalam aktiviti ini para peserta dibawa ke beberapa tempat yang telah ditetapkan. antaranya Kpg Kuala Oya, Kpg Sg. Penipah, Kpg Litong dan kumpulan saya sendiri  ditugaskan ke Pasar Mukah. Disana, saya telah mendapat pengalaman bertemu dengan salah seorang peniaga sayur-sayuran, kalau tak silap nama dia (Trecca anak Ungin) dan membantu beliau untuk berniaga (seronok jadi penjual sayur sekejap.Hahaha...) memang, secara tidak langsung telah menyedarkan saya bahawa bukan mudah untuk mencari rezeki untuk kehidupan sehari-hari tanpa usaha dan kesabaran yang tinggi. Dan aku sedar bahawa kalau jadi pemimpin, kena peka dengan masalah orang yang dipimpinnya, bukan sekadar duduk goyang kaki sahaja. Betul tak?

Sehari sebelum aktiviti rehlah berfokus tu, ada program Surauku (ada disertakan gambar di atas). Haa..  dalam program ni para peserta dihantar ke 8 buah masjid dan surau diseluruh Mukah. Tugasnya untuk mengendalikan program kire ceramah agama la...  Kumpulan aku pergi ke Masjid  Darul Huda di Kpg Judan. Aku (berbaju melayu hitam,belakang dalam gambar), Farooq (dari TUNAZ,berbaju melayu biru terang, belakang ) dan seorang lagi budak perempuan ( maaf , aku tak ingat namaya tapi dia dua dari kiri) jadi ahli panel manakala Reza (dari SMKA Miri,depan berbaju melayu coklat) jadi pengerusi. Yang lain ada jadi bilal, jadi imam, tukang basuh pinggan dan macam-macam lagilah, memang seronok program macam ini. Aku ingat itulah kali pertama aku memberi pengucapan awam kepada khalayak ramai. Memamg gemuruh aku waktu itu. Namun, sambutan orang Kpg Judan yang datang pada malam itu semuanya sporting habis dan menggalakkan. Hahaha... memang seronok la waktu itu. Waktu itu jugak aku bertemu dengan bapa Haziq Rafdey, kawanku. Rupa-rupanya bapa dia orang Kpg Judan, patutlah Haziq pernah cerita dengan aku yang dia pernah pergi ke Mukah. Sendirian pulak tu.. Kebanyakan orang Kpg Judan  orang Melanau. Memang cantik kampung tu. Memang terharu apabila orang kpg judan memberikan respons yang baik sekali kepada kami. Melalui aktiviti ini, aku menyedari bahawa pentingnya kita hidup bermasyarakat di samping mengeratkan silaturrahim khususnya kepada golongan remaja kerana merekalah nanti yang akan menerajui kepimpinan remaja pada masa hadapan.

Aku berharap bahawa program sebegini dapat diteruskan lagi dan menjadi wadah penyatuan antara masyarakat kepada golongan belia khususnya remaja. insyallah...

Gambar lain:
Di Politeknik Mukah


                                                             
                                                              Sekitar Bandar Mukah:





Bersama rakan-rakan ketika majlis penutupan;